BERITA
Program MSU-Utusan meriah

Program MSU-Utusan meriah


PROGRAM pemeriksaan kesihatan MSU mendapat sambutan daripada orang ramai, ketika Program Pendidikan Sepanjang Hayat di SMK Za’ba, Seremban baru-baru ini.

PIHAK Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) serta kumpulan kolej PTPL sekali lagi membuktikan komitmen sosial yang tidak berbelah bahagi melalui siri Program Pendidikan Sepanjang Hayat Kebangsaan - kali ini di Komuniti Paroi, Negeri Sembilan, yang dihadiri oleh lebih 400 pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tujuh buah sekolah di situ.

Program berpusat di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Pendeta Za’ba, Seremban itu, mendapat sambutan yang cukup baik daripada Pejabat Pelajaran Daerah Seremban, serta tuan rumah, yang turut menyingsing tangan memastikan progam berjalan dengan lancar – khususnya komitmen pengetuanya, Nooraini Darus.


ROSLI YUSOF

Seawal pukul 8 pagi, pelajar telah berkumpul dan menenuhi dewan sekolah untuk mengkuti program teknik menjawab soalan Matematik oleh guru pakar mata pelajaran, lapor WAHID HASHIM.

Selain pelajar SMK Pendeta Za’ba sendiri, pelajar juga dari SMK Senawang, SMK Seri Pagi, SMK Taman Tuanku Jaafar, SMK Panchor, SMK Seri Ampangan dan SMK Dato Hj Mohd Redz.

Pihak MSU-PTPL menyediaan aktiviti yang padat dan cukup berguna untuk pelajar , meliputi pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan kandungan dan tekanan darah, serta temu duga terbuka dan pendaftaran oleh pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran ke universiti swasta terkemuka itu.

Tidak habis di situ, pihak MSU turut mengadakan ceramah motivasi dan kerjaya. Pihak sekolah turut mengambil kesempatan melakukan jualan dan berjaya mengutip sejumlah wang.

Pihak Utusan Malaysia, melalui Unit Pendidikan, bekerjasama dengan pihak pemasaran cawangan Negeri Sembilan, turut memeriahkan majlis dengan mengadakan jualan majalah dan buku soalan peperiksaan Portal Pendidikan dan akhbar Utusan Malaysia.

Kartunis Usik-Usik yang semakin popular, Khazim Sulaiman dibawa khas ke tapak program untuk bertemu para peminatnya, melukis karikatur dan menandatangani buku beliau.

Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Rosli Yusof berkata, MSU semakin mendapat tempat di hati pelajar dengan pertambahan bilangan pelajar dari setahun ke setahun. Kini jumlah pelajar di kumpulan PTPL melebihi 17,000 pelajar berbilang bangsa. Pertamabahan itu menuntut MSU membina kampus baru di Shah Alam, yang menelan belanja hampir RM300juta.

Kekuatan MSU, Kata Rosli, adalah pada kursusnya yang semasa, memenuhi pasaran dan diikitiraf.

Pegawai Pelajaran Daerah, Musa Abdullah pula mahu pelajar mengambil kesempatan yang dibuka oleh MSU-PTPL dan Utusan Malaysia dengan sebaik mungkin, sambil berharap program yang sama akan dianjurkan lagi pada tahun depan di Seremban.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN