AKTIVITI
Program Motivasi MITASA-Utusan

Program Motivasi MITASA-Utusan


DR.ISMAIL Zain sedang mengendalikan KPPS kepada calon-calon PMR pada Program Motivasi dan Seminar Utusan anjuran MITASA di Shah Alam baru-baru ini.

KESATUAN Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Mara (MITASA) dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia menganjurkan Program Motivasi dan Seminar Utusan bagi calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Program yang diadakan di Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor itu telah berjaya menarik minat pelajar dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta sebilangan kecil pelajar dari luar kawasan tersebut.

Program itu dimulakan dengan Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) bagi calon UPSR pada 6 Mac dan PMR pada 7 Mac dihadiri kira-kira seramai 60 calon UPSR dan 60 calon PMR manakala bagi calon SPM pula akan diadakan pada 27 Mac (Sabtu) akan datang.

Ceramah Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik bagi calon UPSR disampaikan oleh Mohd. Johari Mohamed Sahar, Kaunselor SK Jalan U3, Subang Perdana, Selangor manakala bagi calon PMR diberikan oleh Penasihat Portal Pendidikan Utusan, Dr. Ismail Zain.

Program itu dijangka dapat membentuk semula sikap pelajar supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai kecemerlangan selain memberi kesedaran kepada mereka tentang betapa pentingnya untuk berubah dan bertindak demi masa depan yang cemerlang.

Penglibatan pelajar dalam program itu juga akan membantu menjana minda mereka menjadi lebih bermatlamat dan berfikiran terbuka serta mengasah kemahiran belajar mereka dengan pendekatan yang lebih efisyen serta efektif.

Program itu akan diteruskan dengan Program motivasi Strategi Ambang Peperiksaan pada 8 Mei bagi calon UPSR, 15 Mei (PMR) dan 22 Mei (SPM).

Program terakhir ialah Seminar Strategi Menjawab Soalan bagi calon UPSR pada 24 Julai, 31 Julai (PMR) dan 25 September (SPM).

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN