MSU tawar biasiswa RM1 juta![]() PROGRAM MSU\PTPL-Utusan Malaysia di Sungai Burung, Tanjung Karang pada tahun lepas mendekati pelajar luar bandar. Management and Science University (MSU) menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di universiti itu. Biasiswa MSU-utusan Malaysia itu berjumlah RM1 juta dan terbuka kepada semua tertakluk kepada syarat kelayakan minima yang ditetapkan. Bidang atau jurusan untuk permohonan biasiswa adalah menyeluruh dan pelbagai bergantung kepada kursus yang ditawarkan oleh fakulti seperti Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional, Center of Faoundation Studies dan Fakulti Sains Maklumat & Kejuruteraan. Satu sesi temu duga terbuka akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendeta Za'ba, di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini, 6 Mac dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kepada lepasan SPM, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kepada calon SPM 2010, inilah kesempatan terbaik merancang masa depan. Meninjau pilihan kursus berdasarkan kemampuan dan kelayakan akademik masing-masing. Segala maklumat ada terkandung di dalam Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia tersebut. Ia dianjurkan dengan kerjasama dengan Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seremban. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat disediakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat kerjaya dan seminar teknik menjawab soalan SPM. Pameran dan penerangan daripada pelbagai fakulti MSU dan PTPL juga akan diadakan. Program sehari bersama komuniti itu merupakan satu usaha bersepadu membentuk kerjasama antara pelajar, guru dan ibu bapa. Maklumat lanjut berkaitan program, hubungi Fauzi Hamdan di 019-5716282.
|





