IPT
UTeM sertai Karnival Pendidikan Melaka

UTeM sertai Karnival Pendidikan Melaka


SALAH satu produk penyelidikan UTeM yang akan dipamerkan di Karnival Pendidikan Melaka di MITC dari 4 hingga 7 Mac ini.

JABATAN Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) akan menganjurkan Karnival Pendidikan Melaka bermula esok sehingga 7 Mac ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Program tahunan itu bertujuan mewujudkan kolaborasi bersepadu daripada pelbagai pihak yang menawarkan perkhidmatan pendidikan untuk sama-sama meningkatkan tahap pencapaian sistem pendidikan negara.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan mempamerkan beberapa produk penyelidikan terbaru kepada masyarakat umum yang menghadiri Karnival ini.

Produk penyelidikan tersebut adalah Vision based multi sensor feedback system for robot system with intelligent, The development of mobile based family health encyclopedia dan Innovative and energy saving door locking system.

Selain itu, UTeM juga akan mempromosikan universiti itu sebagai institusi pilihan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN